Pengikut

Khamis, 12 Disember 2013

KOleksi Resepi Masakan Ku....

Ikan Siakap Tiga Rasa



BaHAN-bahan

1 ekor ikan siakap 3 biji bawang kecil (ditumbuk) 5 biji bawang putih (ditumbuk) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 6 batang cili padi (dihiris) 1 batang lada merah (dihiris bulat-bulat) 3 sudu sos tomato 3 sudu sos cili 2 sudu sos tiram garam secukup rasa

caranya

1. Basuh dan toskan ikan.. pastu letakkan kunyit + garam+ tepung jagung supaya ia tidak melekat dikuali. 2. masukan bawang yang telah ditumbuk tu bersama lada cili yang telah dihiris kemudian masukan pula bawang besar yang dipotong dadu. 3.masukan pula bahan2 seperti sos tomato + sos Tiram+ sos cili kacau sampai mendidih..jika hendak pekatkan kuih bolehlah letak tepung jagung sedikit.. 4. letakkan ikan siakap goreng tadi di atas pinggan dan curahkan kuah yang dimasak tadi itu ke atasnya. 5. letakan hirisan lada merah di atasnya untuk hiasan.


Resepi: IKAN SIAKAP KUKUS ALA THAI

BAHAN
1 ekor ikan siakap 2 batang serai - dihiris nipis 1 biji bawang besar - potong bulat2 3 inci halia - hiris nipiS 3 biji cili padi - dihiris 2-3 tangkai daun sup - dihiris 2 sudu besar jus limau nipis sos tiram sedikit garam *untuk hiasan - daun sup

CARA-CARA
1 - Ratakan ikan dengan sos tiram. Masukkan dalam bekas untuk mengukus dan perap 3-5 minit
2 - Sumbatkan sedikit halia, sedikit serai dan jus limau nipis dalam perut ikan
3- Kemudian masukkan semua bahan-bahan selebihnya bersama dengan ikan.
4- Kukus ikan sehingga masak
5- Hiaskan daun sup.






Resepi Nasi Ayam

bahan-bahan untuk nasi :
beras
3 sudu planta / majerin (lebih pun boleh)
halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar) 
2 biji bawang merah (ditumbuk/kisar) 
2 helai daun pandan (diikat)
air rebusan ayam

bahan-bahan untuk sup :
3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar)
2 biji bawang merah (ditumbuk/kisar)
ayam (bahagian tulang)
bahan-bahan untuk ayam :
ayam
kicap
sos tiram
bahan-bahan hiasan :
tomato
timun
salad
cara-cara memasak nasi :
1. basuh beras sehingga bersih.
2. panaskan planta / majerin dalam periuk
3. tumis bawang putih dan bawang merah yang dah ditumbuk tu sehingga keperangan
4. masukkan ayam yang nak di goreng nanti. kacau. dan masukkan air. air kasi lebih sikit. sebab nanti nak masukkan sebagai air sukatan untuk masak nasi.
5. masukkan garam secukup rasa.
6. tunggu sehingga mendidih. agak-agak air rebusan ayam tu dah rasa macam stock ayam, boleh tutup.
7. masukkan air rebusan ayam tu disukat untuk memasak nasi. contoh : 3 cawan nasi, bersamaan 6 cawan air rebusan ayam.
8. tanak nasi tersebut. masukkan hirisan halia dan daun pandan. hah serbuk kunyit masuk sikit je. sebab nak bagi nasi tu warna  kuning. tolong jangan masuk banyak nanti terlampau rasa kenyit pulak nasi tu.
cara-cara memasak sup :
1. tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga keperangan 
2. masukkan ayam dan kacau
3. masukkan air.
4. garam secukup rasa
5. biar sehingga mendidih
6. tutup dan tabur daun sup dan daun bawang
cara-cara memasak ayam :
1. perap ayam yang telah di rebus tadi dengan sos tiram dan kicap.
2. goreng ayam tersebut (tak perlu lama, sebab ayam tu dah sedia di rebus)
hiasan :
hias dengan tomato, salad dan timun.
SEDIA UNTUK DIHIDANG !! alamak gambar tak de sebab dah habis makan baru ingat nak letak resepi :')




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan